Archive for September 17th, 2008

Nujum Pak Belalang Versi 2008

Wednesday, September 17th, 2008

Soalan 1

Tukang Soal : ‘Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah
dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??’

Ahli Nujum Negara : ‘Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di
dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..’

Tukang Soal : ‘Sebabnya…!!??

Ahli Nujum Negara : ‘Sebabnya… Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO
hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya…’

Soalan 2

Tukang Soal : ‘Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??’

Ahli Nujum Negara : ‘Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam
bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..’

Tukang Soal : ‘Sebabnya…!!??’

Ahli Nujum Negara : ‘Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang
patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di
Thailand..!!!’

Soalan 3

Tukang Soal : ‘ Ada sebuah masealah,
Satu… baaaanyak-banyak!!… Dua… sedikit-sediiiiikit….!!! Tiga…
jarang-jarang!!!… Empat… kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???’

Ahli Nujum Negara : ‘UMNO!!!’

Tukang Soal : ‘Buktikan..!!’

Ahli Nujum Negara : ‘Satu… Baaanyak-banyak… Ertinya, ahli UMNO memang banyak
dalam negara ini…


Dua… Sedikit-sediiikit… Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu…


Tiga… Jarang-jarang… Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya
berani melawan…

Empat… Kad-dang, kad-dang… Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar
dan

lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya…’


Soalan 4

Tukang Soal : ‘Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah?
atau di jenteranya kah..???’

Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya
ataupun pada jenteranya…’

Tukang Soal : ‘Dimana terletak kekuatannya..???’

Ahli Nujum Negara : ‘Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!’

Tukang Soal : ‘Buktikan!!’

Ahli Nujum Negara : ‘Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya
untuk menonjolkan kekuatannya… Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita
Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang
menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah…’

‘Biasalah… UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah
dalam apa-apa pertandingan..

Soalan Extra

Tukang Soal : ‘Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana…!!! Apakah yang
ada

di genggaman beta…????’

Ahli Nujum Negara : ‘……….. ISA !!!..’

Credit: CG


Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key