Sejarah Pulau Batu Putih.. Ape kepentinganyer..??
Posted on November 23, 2007 | Filed Under Ape-Ape Aje
Ape bende pulau nih.. Penting sgt ker.. Saiz dua padang bola jer.. Ker sebab batu dier warne putih so cantik buat batu cincin ?? Okler.. nih ade sedikit penerangan mengenai pulau batu white nih..Aku amnik dekat wiki..
Jelas sekali Portugis , Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Putih. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti , dokumen, surat-menyurat , pentadbiran pulau itu oleh Enpayar British. Secarsa analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau , Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.
Daratan yang paling dekat Pulau Batu Putih / Pedra Branca ialah Malaysia. Jaraknya hanya 7 km . Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika.
Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffle telah ‘membuka’ dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.
Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu)
Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yahng lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka , merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.
Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya pulau Batu Putih dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini

Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih dibina 1851

Ayuh rakyat Malaysia.. Mari kita berdoa agar pulau batu belah batu bertelangkup opps..batu putih ini jadi milik kite
Comments
4 Responses to “Sejarah Pulau Batu Putih.. Ape kepentinganyer..??”
Leave a Reply




aku kita menang untuk perbalahan ini!!
kalau dapat pulau ni senang sikit nak perang.
ye semoga kita dpt pulau batu putih nie!!!!
x pasal2 xsgmt aku kena study pasal batu putih tau!!!!
singapore suck!!!