Archive for November 23rd, 2007

England tak layak EURO 2008

Friday, November 23rd, 2007

Arghh.. Main cam taik.. Memang patut pun tak layan.. Tapi bagi aku EURO tanpa england sesuatu yang agak suram. Walaupun aku bukan fans sgt dgn team englan nih tapi aku rase euro jadi tak best.

Kalau euro nih pun aku tak tau nak sokong team mane.  France aku tak minat, portugal cam tak best jer, jerman ?? lagi hampeh.. Belanda ?? Tak minat rayan babel liverpool..  Italy lak ?? Cannavarro cam poyo jer.. Spain..?? Ok gak.. So aku nih agak fans club barcelona & aku degan bangganye menyokong Spain  di EURO 2008.  Forca forca..el armo escomo la pintan..

Jangan buang mesin taip anda

Friday, November 23rd, 2007

Oklah..Aku terpanggil untuk menulis pasal mesin taip nih. Mungkin mesin ini agak ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan kegunaan di pejabat2. So hari nih aku baru tau bertapa pentingnya mesin taip.

Pagi tadi aku pergi bawa orang tua aku pegi pejabat tanah dekat Teluk Intan. Tetiba bapak akuajak aku pegi jumpe typewriter. Aku pun pelik sepa lak bapak aku nak jumpe nih.

Tgk2 bapak aku suruh berenti dekat tepi jalan dekat ade sorang pakji dok bawah payung & ade satu meja kecik. Rupe2 nyer Pakji nih ler typewriter yang bapak aku cakap tadi. Actually bapak aku jumpe pakji nih sebab nak buat surat sumpah. Bapak aku nak claim tanah arwah atuk aku nyer sebab kalau tak claim nanti tanah tuh jadi milik baitulmal.

Hari nih baru aku tau ape pasal dekat area pejabat gomen ade banyak orang open table & payung. Rupe2 nyer diorang buat kerje freelancer. Kire masyuk gak kerje cam nih. bapak aku tadi pun buat surat sumpah dah kene RM120. Kene 3 orang customer sehari dah berape tu. Bapak aku kate pakji nih dulu orang gomen gak.Maybe lepas pencen buat keje freelance nih.

Ok.. berbalik pada kepentingan mesin taip tadi.. maksud dier kalau takder mesin nih agak sukar untuk membuat urusan hartanah. Sebab borang yang kene isi hanya tempat kosong so hanya mesin taip yang mempu melakukan kerja ini.Aku tak pasti sama ada tulisan tangan dibenarkan atau tidak.

Aku tadi sempat gak ‘mengkerodek’ mesin taip pakji nih. Pakji tuh suh aku tolong jage barang dier jap sebab nak pi mahkamah nak ambik chop dgn bapak aku. Aku pun test power sikit mesin taip Pakji nih. Aku rase mesin taip dier nih jenis yang mahal kot sebab aku tekan agak lembut. Mungkin pada zaman mesin taip dulu ini antara jenis mesin taip paling mahal.

Kedai sebelah..

Oklah..Sekadar coretan dipagi buta.. W’salam

p/s- Sesape ade simpan mesin taip boleh buat bisnes..

Sejarah Pulau Batu Putih.. Ape kepentinganyer..??

Friday, November 23rd, 2007

Ape bende pulau nih..  Penting sgt ker..  Saiz dua padang bola jer.. Ker sebab batu dier warne putih so cantik buat batu cincin ?? Okler.. nih ade sedikit penerangan mengenai pulau batu white nih..Aku amnik dekat wiki..

 Jelas sekali Portugis , Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Putih. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti , dokumen, surat-menyurat , pentadbiran pulau itu oleh Enpayar British. Secarsa analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau , Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Daratan yang paling dekat Pulau Batu Putih / Pedra Branca ialah Malaysia. Jaraknya hanya 7 km . Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika.

Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffle telah ‘membuka’ dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu)

Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963 . Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama kerajaan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat ( Strait Settlement) .

Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yahng lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka , merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya pulau Batu Putih dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini

 

Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih dibina 1851

 

Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih dibina 1851


Ayuh rakyat Malaysia.. Mari kita berdoa agar pulau batu belah batu bertelangkup opps..batu putih ini jadi milik kite


Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key