Archive for November 13th, 2007

Tips memilih Webhost Service

Tuesday, November 13th, 2007

Hari ini aku terpanggil untuk menulis beberapa kriteria yang perlu diambil sebelum memilih hosting service setelas melihat seorang rakan yang hampir kehabisan bandwith. Disini beberapa tips yang aku gunakan :

  1. Berapa domain yang mahu dihost: Sesetengah hosting ada limit domain/subdomain..Jadi lihat dengan teliti.
  2. Storage & Bandwith : Ok..Antara dua nih (storage & bandwith) bagi aku yang lebih penting ialah bandwith. Sebab penggunaan bandwith nie satu benda yang tak boleh diagak dengan tepat. Storage adalah seperti hard disk kita..Dah penuh tak boleh buat ape lah.. Carik hard disk baru ler.
  3. Support : Support nih penting gak.. Aku prefer kalau nak yang bagus carik yang ade live support.. Tak kisah local atau international company.. Better survey dulu support diorang camner..
  4. Operating System : Windows @ Linux.. Bergantung kepada script yang hendak di host.. Contoh .asp memerlukan windows server. Tapi kebanyakan mana2 pun orang pakai linux sebab dah famous..
  5. Software : Sofware yang aku maksudkan disini ialah seperti Cpanel.. Aku sangat menggalakkan carik server akaun yang pakai cpanel sebab kebanyakan webmaster lebih familiar kepada cpanel berbanding software lain..
  6. Uptime: Uptime nie pun penting gak.. Kalau asyik down jer mane tahan.. Bagi aku kalau atas 95% uptime kire oklah.. Bawah dari tuh dah kira crap..
  7. Reputation : Yang nie pun penting gak..Aku first time server akaun aku kene scam.. Server dirang selalu down.. Siot betul.. Last2 diorang claim nak tamatkan company diorang..Aku tak kisah nak tamat kan..Yang aku kisah aku dah bayar setahun & dirang kata no refund.. Siot.. So nasihat aku jangan guna service dari anonymous company.. Guna mr G untuk carik review pasal webhost nih..
  8. Payment : Aku prefer yang guna monthly payment. Sebab jika kita tak puas hati kita boleh pindah ke server lain.. memang ade yang claim ‘30 day money back guarantee’ tapi kekadang diorang banyak songeh.. Banyak step cam nak claim duit insuran..

Oklah.. Nie beberape step yang aku gunakan untuk memilih server.. Mungkin orang lain lain pendapat & terpulang lah.. Bagi aku..Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Pada pendapat aku.. Antara webhost service paling tip top adalah dari Hosgator. Bukan nak promote tapi ape orang putih kate ‘In my opinion’ (IMO).

Server dari malaysia bukan tak bagus cuma dah aku survey2 tidak menepati kriteria2 yang aku inginkan.

Oklah.. Ini just pandangan hati naluri & pengalaman aku jer..

Silalah bantu rakan ku ini

Tuesday, November 13th, 2007

Silalah membantu rakan ku ini kerana bandwith nyer dah ditahap kritikal.. Aku kalau boleh sedekat bandwitdh dah lame aku buat sebab aku punyer bandwith tiap2 bulan 200 gigs belen..

kepada yang ingin membantu sila pergi ke sini

Tips utk kurangkan pengunaan bandwith:

  • Kecilkan size images anda sekecil yang boleh.. Pastikan tidak merosakkan design..
  • Host image di tempat lain (free image hosting).
  • Jangan bagi orang lain menggunakan image yang di host di server anda
  • Gunakan Cascading Style Sheets (CSS) untuk web design.
  • Kurangkan penggunaaan javascript & flash.

Ok.. Mungkin tips ini berguna untuk anda.. Jangan biarkan bandwith anda dicuri.

Sekali lagi sesiapa nak menderma sila ke sini

Bye-bye internet.. :(

Tuesday, November 13th, 2007

Bye bye internet.. :(

Sedih pulak rasanyer nak meninggalkan dunia internet nih.. Dah hampir dua tahun aku berkecimpung dalam dunia webmaster & besok aku akan kembali dunia nyata.

Bukan ape sebenarnye.. Esok aku start kerje baru.. So agak terhad untuk aku berada dionline kerana terikat dengan kerja..

Sebelum nih pun bukan aku tak kerja.. Aku kerja jugak tapi kerja sendiri. So aku bebas sikit ler.  Aku bukan akan meninggalkan terus dunia online nih cuma agak terhad tidak seperti kebiasaan

Oklah..Cuma sekadar coretan dipinggiran di petang dini hari.. Ceewahh..

p/s- Ade sesape minat dgnb awek dekat gambar tuh contact aku..Muahahahaaa..


Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key