Archive for November, 2007

Mohd Razif Dot Com Terselamat

Thursday, November 29th, 2007

Dengan tidak semena-mena blog aku ini tiba2 rosak. Asalnyer aku nak upgrade to version 2.3.1. Tetiba lepas upgrade kuar bende pelik.. Arghhhh… Mampusss… Aku malas nak setup balik jer..Letih wooo..Aku pun dengan berhati2 cuba mencari semula backup file & akhirnyer denagn bantuan support HostGator aku terjumpa backup aku dekat folder fantastico.. He he hee.. Senyum lebar aku sekejap..

Kerodek punya kerodek akhirnya blog aku kembali kepada asal.. So aku nak ingatkan kepada sesiapa yang terbaca entry aku hari ini sila backup db anda sebelum melakukan apa2 yang dianggap berbahay. Dan lagi satu jgn putus asa jika anda terlupa backup db anda. Minta bantuan support..

he hee..As’kum.. Bar bye..

England tak layak EURO 2008

Friday, November 23rd, 2007

Arghh.. Main cam taik.. Memang patut pun tak layan.. Tapi bagi aku EURO tanpa england sesuatu yang agak suram. Walaupun aku bukan fans sgt dgn team englan nih tapi aku rase euro jadi tak best.

Kalau euro nih pun aku tak tau nak sokong team mane.  France aku tak minat, portugal cam tak best jer, jerman ?? lagi hampeh.. Belanda ?? Tak minat rayan babel liverpool..  Italy lak ?? Cannavarro cam poyo jer.. Spain..?? Ok gak.. So aku nih agak fans club barcelona & aku degan bangganye menyokong Spain  di EURO 2008.  Forca forca..el armo escomo la pintan..

Jangan buang mesin taip anda

Friday, November 23rd, 2007

Oklah..Aku terpanggil untuk menulis pasal mesin taip nih. Mungkin mesin ini agak ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan kegunaan di pejabat2. So hari nih aku baru tau bertapa pentingnya mesin taip.

Pagi tadi aku pergi bawa orang tua aku pegi pejabat tanah dekat Teluk Intan. Tetiba bapak akuajak aku pegi jumpe typewriter. Aku pun pelik sepa lak bapak aku nak jumpe nih.

Tgk2 bapak aku suruh berenti dekat tepi jalan dekat ade sorang pakji dok bawah payung & ade satu meja kecik. Rupe2 nyer Pakji nih ler typewriter yang bapak aku cakap tadi. Actually bapak aku jumpe pakji nih sebab nak buat surat sumpah. Bapak aku nak claim tanah arwah atuk aku nyer sebab kalau tak claim nanti tanah tuh jadi milik baitulmal.

Hari nih baru aku tau ape pasal dekat area pejabat gomen ade banyak orang open table & payung. Rupe2 nyer diorang buat kerje freelancer. Kire masyuk gak kerje cam nih. bapak aku tadi pun buat surat sumpah dah kene RM120. Kene 3 orang customer sehari dah berape tu. Bapak aku kate pakji nih dulu orang gomen gak.Maybe lepas pencen buat keje freelance nih.

Ok.. berbalik pada kepentingan mesin taip tadi.. maksud dier kalau takder mesin nih agak sukar untuk membuat urusan hartanah. Sebab borang yang kene isi hanya tempat kosong so hanya mesin taip yang mempu melakukan kerja ini.Aku tak pasti sama ada tulisan tangan dibenarkan atau tidak.

Aku tadi sempat gak ‘mengkerodek’ mesin taip pakji nih. Pakji tuh suh aku tolong jage barang dier jap sebab nak pi mahkamah nak ambik chop dgn bapak aku. Aku pun test power sikit mesin taip Pakji nih. Aku rase mesin taip dier nih jenis yang mahal kot sebab aku tekan agak lembut. Mungkin pada zaman mesin taip dulu ini antara jenis mesin taip paling mahal.

Kedai sebelah..

Oklah..Sekadar coretan dipagi buta.. W’salam

p/s- Sesape ade simpan mesin taip boleh buat bisnes..

Sejarah Pulau Batu Putih.. Ape kepentinganyer..??

Friday, November 23rd, 2007

Ape bende pulau nih..  Penting sgt ker..  Saiz dua padang bola jer.. Ker sebab batu dier warne putih so cantik buat batu cincin ?? Okler.. nih ade sedikit penerangan mengenai pulau batu white nih..Aku amnik dekat wiki..

 Jelas sekali Portugis , Belanda dan British menggunakan istilah pulau Pedra Branca untuk pulau Batu Putih. Dalam hikayat Melayu lama, tidak pernah muncul nama pulau ini kecuali nama Temasik, nama lama Singapura atau Singapore sekarang. Singapura amat bergantung bukti , dokumen, surat-menyurat , pentadbiran pulau itu oleh Enpayar British. Secarsa analogi, jika Selat Tebrau pernah ditadbir oleh British, apakah Selat Tebrau juga milik Singapura. Empayar mana jadi titik rujukan terakhir, adakah Empayar British, Empayar Belanda, Empayar Portugis, Empayar Johor-Riau , Empayar Melaka, Empayar Srivijaya atau sebelum itu lagi.

Daratan yang paling dekat Pulau Batu Putih / Pedra Branca ialah Malaysia. Jaraknya hanya 7 km . Sedangkan jarak dengan Singapura 22 km nautika.

Empayar British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Stamford Raffle telah ‘membuka’ dan mendapatkan pulau Singapura dari Sultan Husain dari Kesultanan Johor pada 1819.

Apabila Perjanjian 1824 ditandatangani antara Empayar British dengan Belanda, dengan jelas Singapura termasuk / tertakluk dalam Empayar British. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 hanya melibatkan pulau Singapura dan wilayah di selatan Selat Singapura. Great Britain dan Singapura tidak pernah menuntut kedaulatan ke atas tiga kawasan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh penting berkaitan pertikaian sekarang (1980 bagi kes Pulau Batu Puteh dan 1993 bagi kes dua kawasan lain itu)

Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) dan Terumbu Karang Selatin (South Ledge) serta pulau lain di sekitar Selat Singapura adalah sebahagian daripada Kesultanan Johor sebelum 1824.

Undang-undang dan amalan perjanjian yang diguna pakai oleh Singapura, penerbitan serta petanya dan kenyataan oleh pegawai-pegawai Singapura yang berpengetahuan, kesemuanya mengesahkan bahawa tiga tempat berkenaan bukan wilayah negara itu, tetapi ditadbir sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Istilah Malaysia hanya wujud pada 1963 . Sebelum itu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. Dari 1402 - 1511 dikenali dengan nama kerajaan Melaka. Apabila British menjajah, ia dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat ( Strait Settlement) .

Singapura yang dikenali sebagai Temasik pernah dijajah oleh kerajaan Siam melalui pemerintah Tamagi. Parameswara yahng lari dari Palembang telah singgah sekejap dan menukar nama Temasik kepada Singapura. Parameswara telah mengasaskan Empayar Melaka , merupakan kesinambungan Empayar Srivijaya di Palembang.

Apabila Empayar Melaka runtuh pada 1511 oleh Portugis, Empayar Johor-Riau-Lingga telah ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah pada 1528. Logiknya pulau Batu Putih dalam lingkungan pentadbiran Empayar Johor-Riau-Lingga ini

 

Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih dibina 1851

 

Rumah Api Horsburgh di Pulau Batu Putih dibina 1851


Ayuh rakyat Malaysia.. Mari kita berdoa agar pulau batu belah batu bertelangkup opps..batu putih ini jadi milik kite

Pomen Streamyx dipagi hari

Monday, November 19th, 2007

Arghhh… Kill kill..Bang Bang !@^%$#@&^%

Begitulah ketensionan aku apebiler ketidak bolehan onlinenan.. Aku tak tau ape ke jadah dengan streamyx aku dua tiga hari nih.. Sejak kelmarin (jumaat) 9pm sampai tadi isnin 2am streamyx aku tak boleh connect..

Aku dah tension giler  tahap gaban nie.. Konon nak tunggu isnin siang baru call support.. Tetiba aku lepas makan tadi ter gatal tangan call 100.. Aku agak mesti takder orang angkat sebab pukul 1 pagi.. Aleh2 tetibe ade gak yang sambut aku nyer call..

Mula2 diorang tanyer aku ape yang berlaku dekat lampu modem. ‘Aduss..Ape aku nak jawab nih’  cakap aku dalam hati.. Sebab aku nyer telepon dekat rumah atas & PC aku dalam bilik dekat bawah.. Pastu aku cakap nak call balik sebab aku nak tarik telepon dekatPC aku.

Kali kedua pulak aku call agak lame sikit..Dalam hati aku budjet diorang dah tau ade orang nak tepon, memasing cabut lari kot..:D Adelah dalam satu minit aku  dengar lagu nak tgu support angkat..

Kali nih support yang lain lak aku rase sebab suare dier selow nak mampuss.. Mengantuk kot diorang nih.. macam2 tanyer aku soalan pelik..Ade pakai switcher ker, ade router ker, ade pakai  printer ker.. Last2 dier suruh aku buat satu bende pelik.. Dier suruh aku buang splitter.. Aku pun try ler.. Aku yer masalah nie sebenarnyer ADSL nyer lampu ber kelip2..

Lepas aku direct tak pakai splitter tu still camtu gak..ber kelip2 gak..Aku dah tension giler dah..Ingat nak pegi telekom terus bawak modem.. Tetibe aku terpandang button reset dekat belakang modem aku.. Aku pun terus mencapai skru driver kecik & terus jolok lubang tuh banyak kali.. he he hee…

Aku pun restart balik modem & tgu punya tgu tetiba ADSL aku dah tak ber kelip.. Aku pun terus dial stremyx aku nih..Yahooooo… Aku berjayaa…. Aku menjadi pomen telekom tak bergaji…

Ape yang aku dapat tahu bende baru hari nih ialah nombor 100 telekom boleh digunakan  24 jam & lampu ADSL kene statik baru boleh connect..

Aku pun sudah kembali kepada keaadaan asal.. Horayyy…

Tips memilih Webhost Service

Tuesday, November 13th, 2007

Hari ini aku terpanggil untuk menulis beberapa kriteria yang perlu diambil sebelum memilih hosting service setelas melihat seorang rakan yang hampir kehabisan bandwith. Disini beberapa tips yang aku gunakan :

  1. Berapa domain yang mahu dihost: Sesetengah hosting ada limit domain/subdomain..Jadi lihat dengan teliti.
  2. Storage & Bandwith : Ok..Antara dua nih (storage & bandwith) bagi aku yang lebih penting ialah bandwith. Sebab penggunaan bandwith nie satu benda yang tak boleh diagak dengan tepat. Storage adalah seperti hard disk kita..Dah penuh tak boleh buat ape lah.. Carik hard disk baru ler.
  3. Support : Support nih penting gak.. Aku prefer kalau nak yang bagus carik yang ade live support.. Tak kisah local atau international company.. Better survey dulu support diorang camner..
  4. Operating System : Windows @ Linux.. Bergantung kepada script yang hendak di host.. Contoh .asp memerlukan windows server. Tapi kebanyakan mana2 pun orang pakai linux sebab dah famous..
  5. Software : Sofware yang aku maksudkan disini ialah seperti Cpanel.. Aku sangat menggalakkan carik server akaun yang pakai cpanel sebab kebanyakan webmaster lebih familiar kepada cpanel berbanding software lain..
  6. Uptime: Uptime nie pun penting gak.. Kalau asyik down jer mane tahan.. Bagi aku kalau atas 95% uptime kire oklah.. Bawah dari tuh dah kira crap..
  7. Reputation : Yang nie pun penting gak..Aku first time server akaun aku kene scam.. Server dirang selalu down.. Siot betul.. Last2 diorang claim nak tamatkan company diorang..Aku tak kisah nak tamat kan..Yang aku kisah aku dah bayar setahun & dirang kata no refund.. Siot.. So nasihat aku jangan guna service dari anonymous company.. Guna mr G untuk carik review pasal webhost nih..
  8. Payment : Aku prefer yang guna monthly payment. Sebab jika kita tak puas hati kita boleh pindah ke server lain.. memang ade yang claim ‘30 day money back guarantee’ tapi kekadang diorang banyak songeh.. Banyak step cam nak claim duit insuran..

Oklah.. Nie beberape step yang aku gunakan untuk memilih server.. Mungkin orang lain lain pendapat & terpulang lah.. Bagi aku..Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Pada pendapat aku.. Antara webhost service paling tip top adalah dari Hosgator. Bukan nak promote tapi ape orang putih kate ‘In my opinion’ (IMO).

Server dari malaysia bukan tak bagus cuma dah aku survey2 tidak menepati kriteria2 yang aku inginkan.

Oklah.. Ini just pandangan hati naluri & pengalaman aku jer..

Silalah bantu rakan ku ini

Tuesday, November 13th, 2007

Silalah membantu rakan ku ini kerana bandwith nyer dah ditahap kritikal.. Aku kalau boleh sedekat bandwitdh dah lame aku buat sebab aku punyer bandwith tiap2 bulan 200 gigs belen..

kepada yang ingin membantu sila pergi ke sini

Tips utk kurangkan pengunaan bandwith:

  • Kecilkan size images anda sekecil yang boleh.. Pastikan tidak merosakkan design..
  • Host image di tempat lain (free image hosting).
  • Jangan bagi orang lain menggunakan image yang di host di server anda
  • Gunakan Cascading Style Sheets (CSS) untuk web design.
  • Kurangkan penggunaaan javascript & flash.

Ok.. Mungkin tips ini berguna untuk anda.. Jangan biarkan bandwith anda dicuri.

Sekali lagi sesiapa nak menderma sila ke sini

Bye-bye internet.. :(

Tuesday, November 13th, 2007

Bye bye internet.. :(

Sedih pulak rasanyer nak meninggalkan dunia internet nih.. Dah hampir dua tahun aku berkecimpung dalam dunia webmaster & besok aku akan kembali dunia nyata.

Bukan ape sebenarnye.. Esok aku start kerje baru.. So agak terhad untuk aku berada dionline kerana terikat dengan kerja..

Sebelum nih pun bukan aku tak kerja.. Aku kerja jugak tapi kerja sendiri. So aku bebas sikit ler.  Aku bukan akan meninggalkan terus dunia online nih cuma agak terhad tidak seperti kebiasaan

Oklah..Cuma sekadar coretan dipinggiran di petang dini hari.. Ceewahh..

p/s- Ade sesape minat dgnb awek dekat gambar tuh contact aku..Muahahahaaa..


Please visit WP-Admin > Options > Snap Shots and enter the key. How to find your key